Variasi
Apa itu variasi?
- Variasi adalah perbezaan ciri yang terdapat pada sesuatu spesis haiwan ataupun seseorang individu dalam kategori spesis yang sama.
Variasi Menurut Kamus Dewan
- Kelainan daripada keadaan yang biasa. Bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu.
Mengapa variasi itu penting?
- Membolehkan suatu spesis untuk beradaptasi dengan persekitaran sekeliling yang berubah-rubah.
- Untuk membezakan individu daripada spesis yang sama.
- Memastikan kemandirian spesies daripada pemangsa dalam habitat yang baharu.
Contoh variasi yang berlaku pada manusia :
Berat badan |
- Ketinggian ataupun berat
- Jenis cap jari
- Kebolehan untuk menggulung lidah iaitu boleh menggulung lidah atau tidak
- Kumpulan darah A,B,AB, atau O
- Buta warna atau mata yang normal
- Kepintaran IQ yang tinggi atau rendah
Jenis Variasi
Terdapat dua jenis variasi yang berlaku pada manusia iaitu variasi selanjar dan variasi tak selanjar.
Variasi Selanjar
Punca Berlaku Variasi
Terdapat dua faktor berlakunya variasi :
Variasi Selanjar
- Variasi selanjar adalah variasi yang tidak menunjukan perbezaan yang ketara untuk suatu sifat individu dalam satu spesis yang sama.
- Variasi selanjar mempunyai julat perantaraan yang berterusan antara dua ekstrim.
- Variasi ini ditentukan oleh pelbagai gen dan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.
- Tidak boleh diwarisi.
- Berbentuk kuantitif kerana boleh diukur.
- Contoh : Tinggi,berat badan,kepintaran dan saiz tapak kaki.
- Graf variasi selanjar mempunyai graf dengan lengkung taburan normal :
Lengkung taburan normal |
Variasi Tak Selanjar
- Variasi tak selanjar menunjukkan perbezaan yang nyata dan jelas untuk satu sifat di kalangan individu dalam spesis yang sama.
- Perubahan dikawal oleh satu gen sahaja dan tidak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.
- Boleh diwarisi.
- Berbentuk kualitatif kerana suatu ciri itu hadir ataupun tidak hadir.
- Contoh : Kebolehan menggulung lidah,bentuk cuping telinga,kumpulan darah, dan jenis rambut.
Kebolehan Menggulung Lidah |
Perbezaan Cuping Telinga |
Punca Berlaku Variasi
Terdapat dua faktor berlakunya variasi :
- Faktor persekitaran
- Faktor genetik
Faktor Persekitaran dalam Variasi :
- Persekitaran boleh mempengaruhi fenotip dengan berinteraksi dengan faktor genetik yang berfungsi untuk menentukan ciri .
- Variasi yang disebabkan oleh persekitaran tidak boleh diwarisi kerana variasi tersebut adalah variasi selanjar.
- Antara faktor persekitaran yang menyebabkan variasi adalah :
Dalam tumbuhan :
- Keamatan cahaya
- Iklim
- pH tanah
- Suhu
- Bekalan air
Dalam manusia :
- Pemakanan
- Pendidikan
- Cahaya Matahari
- Aktiviti harian
- Kemahiran
Faktor Genetik dalam Variasi :
- Variasi disebabkan oleh genetik ini tidak dapat diubah dan tidak berubah kerana keadaan persekitaran.
- Variasi genetik ini disebabkan oleh perubahan kandungan genetik dan boleh diwarisi.
- Faktor genetik yang menyebabkan variasi adalah :
- Penyusunan kromosom homolog secara rawak
- Penggabungan semula genetik yang berlaku secara pindah silang
- Persenyawaan rawak
- Mutasi
Kepentingan Variasi dalam Kemandirian Suatu Spesies.
- Variasi membantu suatu spesis bermandiri dalam persekitaran yang sentiasa berubah.Jika variasi tidak berlaku bencana persekitaran yang membunuh satu individu akan mengakibatkan kematian kesemua ahlinya.Variasi membolehkan berberapa individu terselamat daripada bencana tersebut dan meneruskan kesinambungan spesis tersebut.
- Variasi membolehkan organisma yang menjadi haiwan makanan pemangsa untuk meneruskan kelansungan hidup.Variasi ini membolehkan mangsa untuk melindungi diri dengan menyamar dan beradaptasi dengan persekitaran.Contohnya kupu-kupu Biston betularia menukar warna sayapnya untuk penyamaran.

Comments
Post a Comment