Tugas dan Bebanan Seorang Guru



Tugas Seorang Guru

         Tugas sebagai seorang guru yang paling penting sekali adalah mendidik dan membentuk anak bangsa supaya menjadi insan yang terdidik dan berguna kepada masyarakat.Menurut pada pendapat tokoh Islam iaitu Al-Farabi mengenai tugas seorang guru adalah :


Al-Farabi (872-950)

  • Hanya orang bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta dan terdidik dengan sifat qanaah yang bermaksud merasa cukup dengan apa yang dimiliki dan ingin mencari kebenaraan boleh dilantik menjadi guru.

  • Guru mesti menunjuk kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendakdiajar dan dapat menggunakan kaedah mengajar berkesan yang memudahkan pelajar menguasai ilmu yang hendak disampaikan sambil tidak mengelirukan mereka.



Beban Seorang Guru Dahulu dan Masa Kini.


            Apabila menjadi seorang guru mestilah terdapat pelbagai masalah dan beban yang perlu ditanggung oleh seseorang guru itu untuk memastikan anak didik mendapat ilmu pengetahuan dan mempunyai masa depan yang terjamin.Hari demi hari beban seorang guru semakin bertambah disamping mempersiapkan anak murid untuk menuju ke arah dunia yang semakin maju membangun.





Beban Guru Pada Masa Dahulu

            Pada masa dahulu, beban guru adalah berlainan dengan beban yang perlu dipikul sekarang.Jika pada masa dahulu, guru adalah dianggap seorang yang paling penting dan perlu dipatuhi kerana taraf pendidikan yang masih kurang pada masa dahulu.Beban guru pada masa dahulu termasuk dalam untuk membantu murid-murid dan membantu mengenalpasti masalah mereka terutamanya dari segi kewangan kerana taraf hidup rakyat pada masa itu agak mundur kerana kebanyakan mak dan ayah pelajar pada masa dahulu bekerja sebagai nelayan dan petani.

          Selain itu, pada masa dahulu pengangkutan dan kemudahan yang disediakan untuk pelajar dan guru adalah kurang.Hal ini mebuatkan guru-guru terpaksa membuat kebanyakkan kerja secara manual kerana kekurangan kemudahan seperti komputer berbanding dengan masa kini dimana kerja dilakukan secara digital.Beban yang lain adalah disebabkan kenderaan seperti kereta kurang pada masa dahulu membuatkan guru perlu bersusah-payah untuk menaiki basikal menuju ke sekolah semata-mata untuk mencurahkan bakti kepada anak bangsa.



Beban Guru Pada Masa Kini 
https://images.app.goo.gl/YePgHE3nyFEk3JLT8
Info grafis peran guru menghadapi era industri 4.0(Dok. Kemdikbud.ri)


            Pada masa kini, beban guru tidak juga kurang hebatnya dimana hal ini memerlukan seseorang guru itu mempunyai nilai kesabaran yang tinggi serta sifat bertanggungjawab yang besar untuk menghadapi bebanan yang perlu ditanggung dan dipikul.Jika dahulu guru sering diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kali kita mendengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru dan acap kali pelajar berlaku biadap kepada guru kerana hilangnya rasa hormat.

          Selain itu, kerjaya guru sering kali dikatakan tidak sesibuk kerjaya lain dengan guru sentiasa pulang ke rumah seawal pukul 2 petang, namun hakikatnya tugas guru sekarang bukanlah seperti yang disangka.Beban tugas guru sekarang terutama yang berkait dengan pentadbiran bukan hanya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas malah juga menyebabkan persediaan guru sebelum mula tertangguh.


Cara Mengurangkan Beban Seorang Guru.

              Antara cara untuk mengurangkan beban seorang guru adalah memperluaskan pengambilan pembantu guru supaya dapat meringankan beban guru pada masa kini yang semakin bertambah kerjanya.Misalnya seperti di negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat yang sentiasa mengutamakan kebajikan dan memberi sokongan kepada guru kerana bidang pendidikan adalah penyumbang kepada pembangunan insan dan negara.
           Jika di Amerika Syarikat tugas guru hanya mengaj kerja-kerja pentadbiran dilakukan oleh pembantu guru misalnya mengambil rekod kedatangan pelajar, mengutip bayaran yuran sekolah mencatat minit mesyuarat dan lain-lain.

Comments

Popular Posts