Tugas dan Bebanan Seorang Guru
Tugas Seorang Guru Tugas sebagai seorang guru yang paling penting sekali adalah mendidik dan membentuk anak bangsa supaya menjadi insan yang terdidik dan berguna kepada masyarakat.Menurut pada pendapat tokoh Islam iaitu Al-Farabi mengenai tugas seorang guru adalah : Al-Farabi (872-950) Hanya orang bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta dan terdidik dengan sifat qanaah yang bermaksud merasa cukup dengan apa yang dimiliki dan ingin mencari kebenaraan boleh dilantik menjadi guru. Guru mesti menunjuk kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendakdiajar dan dapat menggunakan kaedah mengajar berkesan yang memudahkan pelajar menguasai ilmu yang hendak disampaikan sambil tidak mengelirukan mereka. Beban Seorang Guru Dahulu dan Masa Kini. Apabila menjadi seorang guru mestilah terdapat pelbagai masalah dan beban yang perlu ditanggung oleh seseorang guru itu untuk memastikan anak didik mendapat ilmu pengetahuan dan mempunyai masa depan